Wednesday, February 27, 2008
Gambar Studio di India
Kekekekeke kuno gile studio kat India ni hahaha! Apa-apa pun teknik ambil gmbar ni ok, cuma 'backdrop' dia je yang tak ok hehehe
Tuesday, February 19, 2008
Bendera Rakyat (1947)
Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Dis 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar² dan pekan² termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.
Semasa istiadat mengibarkan Bendera Rakyat di bangunan Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura pada pagi 10 Dis 1947, Taha Kalu, Setiausaha Agung Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah menerangkan:
Bendera Rakyat yang baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama² diukir dan diputuskan oleh dua badan gabungan yang besar di Malaya, iaitu Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya. Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yang kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap² hari.
Maksud disebalik simbol² dalam Bendera Rakyat:
12 biji bintang
- 12 negeri yang bergabung di Malaya
- 9 Negeri Melayu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah, Johor)
- 3 Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura)
- Keadilan dan kedaulatan rakyat
- Perlembagaan Rakyat diiktiraf
- Membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur
Bintang berbucu lima
- Ketuhanan
- Kedaulatan rakyat
- Keadilan sosial
- Kebajikan
- Kebangsaan
Warna merah
- Keberanian dan kuasa kemahuan rakyat untuk menentang semua rintangan² supaya tercipta keadilan dan demokrasi di Malaya
- Perjuangan yang didasarkan kepada kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan yang teratur dan tidak berdasarkan kepada haloba dan tamak, tetapi hanya dengan membawa cita² yang satu iaitu pemerintahan sendiri yang berdasarkan kepada kedaulatan rakyat
Warna Merah Putih mempunyai riwayat yang tertentu bagi penduduk² di Malaya dan telah dipilih dengan persetujuan PUTERA dan AMCJA kerana ia merupakan warna bendera kebangsaan Melayu di zaman Kerajaan Majapahit semasa abad yang keempat belas dahulu.
Sumber: Akhbar Utusan Melayu, 11 Dis 1947 dan akhbar The Straits Times, 11 Nov 1947
credit to
http://www.10tahun.blogspot.com/
aku dalam dilema
lihat perubahan yang kuhadapi
surat khabar propaganda
kedamaian hanya satu fantasi
aku mahu jadi yang terbaik
untuk kita di hari-hari esok
esok lusa siapa kan tahu
mungkin aku kan menjadi pemimpin
di kota ini bohong dan dusta
seribu wajah dan seribu peel
aku mahu jadi yang terbaik
untuk kita di hari-hari esok
tatap cermin lagi
refleksi yang sama
tiada perubahan
aku dalam dilema
Saturday, February 16, 2008
Kejohanan Futsal SUKRA 2008
Yeah siang tadi berlangsungnya Kejohanan Futsal SUKRA 2008 di KRP, UTM. Beta bermain bersama pasukan Stracle bersama-sama Ayid, Arip, Mat, Izan dan Nipi. Malangnya pasukan beta tersungkur pada peringkat suku akhir, tu pun nyaris-nyaris tak masuk sebab point sama dengan pasukan Oh Oh Satey (apa punya nama pasukan da...) Tahniah kepada pasukan Ornano (Ornani?) yang dibarisi oleh Fadli, Fadly, Is, Amin, Om, Man dan Rosyam kerana berjaya mendapat tempat yang ke 3.
So beta nak tulis sedikit rumusan tentang punca kekalahan pasukan Stracle.
Punca kekalahannya adalah:
- Kemasukan Nipi menggantikan beta.
- Arip tak score ketika penalti pada masa perlawanan.
- Beta tak mandi pagi.
- Mat tak buat skil 'Geli Mat'.
- Tiada pasukan 'Cheer Leader' yang mantap.
- Perlawanan berlangsung pada siang dan bukannya malam.
- Padang futsal bukan warna hijau.
- Bukan perlawanan 'winner stay'.
- Izan tak buat skil 'scorpian'.
- Arip tak score ketika penalti pada akhir perlawanan. (hm Arip lagi...)
Cheer Leader belalai je semua, tak semangat langsung nak main futsal!
Ini dia punca kekalahan pasukan Stracle.
Friday, February 15, 2008
permainan akan bermula
maka bangunlah dari tidur,
berkumandanglah janji-janji angan Mat Jenin,
hanya hembusan kata-kata indah,
permainan akan bermula,
fitnahan dan layangan surat bakal terbang,
tuduhan dan cacian menjadi rutin,
siapakah dalang siapakah suci?
"Hm tak perlu undi-undilah,
keputusan memang sudah dijangka...
Akhir kata, selamat mengambil upah
gantung poster kepada semua!"
Butterfingers KEMBALI
Anda boleh saksikan di alamat
http://www.youtube.com/watch?v=Y3kqAdahoss
Anda juga boleh lawati blog Butterfingers di
http://butterfingerstheband.blogspot.com/
Juga website Royal Butterfingers di
http://royalbutterfingers.net/
Rumah Kosong Raya 2007
bila hilangnya seri
curiga kurasa
sangsi tersangka
barangkali ku terlali
bila hilangnya seri
hidupku hanya sekali
rasa kurasa selama ini
ludah dijilat samak kusta
bila hilangnya seri
hembusan dusta kau beri
tersirat kuman virus asli
akal dungu tiada waras
bila hilangnya seri
barangkali hariku esok
barangkali hariku lusa
barangkali hariku tulat
bila hilangnya seri
bila hilangnya seri
bila hilangnya seri
bila hilangnya seri
bila hilangnya seri
akuharusbangun
mendongak ke langit,
siang ada suria,
malam ada rembulan,
malam didatangi mimpi,
siang menggarap cita-cita,
kiri kanan sama sahaja,
harus mara dan jalan,
mengorak langkah,
harus teruskan berjalan,
satu demi satu,
kaki yang melangkah,
sel otak yang menyuruh,
ralat tetap normal,
aku harus positif,
aku harus puitis,
satu revolusi,
a k u h a r u s b a n g u n......
Izzuddin