Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Wednesday, March 19, 2008

Larian Cerapan 2008

Semangat Larian Cerapan pleh saudara Solehudin.
(ni kalau ada obor macam mana la ek dia lari, ni baru bawak bendera kumpulan ni huhu~!)


Pada hari Ahad 16 Mac 2008 yang lalu persatuan Architect yang dikelolakan oleh pelajar Tahun 6 dan 5 telah menganjurkan acara Larian Cerapan 2008. Larian cerapan ni bagi beta adalah acara marathon + sukaneka lah. Acara ini diadakan sekitar pukul 4 petang dan dimulai dengan "Senam Mantap+Robik" (huhuhuhu~!). Selepas setiap kumpulan menunjukan 'cheer' mereka so mereka telah dilepaskan dari dataran FAB(Fakulti Alam Bina) dan menuju ke kaki Bukit Cerap. Di sana setiap kumpulan akan melakukan acara sukaneka seperti tiup belon, baling belon air, cari belon dalam tepung guna mulut dan melukis. Sesampai di puncak Bukit Cerap @ balai cerap lah mereka semua diberikan hadiah berupa makanan dan kemudian acara bergambar sesuka hati telah diadakan.

Yeah acara Senam Mantap+Robik!!!

Seorang Bisu, seorang buta, doa orang kena ikat tangan.

kame hame-ha!

no komen (huhuhu~!)

Para peserta dari Tahun 3 (Oracle) dan Tahun 2 (Strano)

Tuesday, March 18, 2008

Mini Archileague 2008

Para penonton futsal Mini Archileague.

Yeah pada 15 Mac 2008 bersamaan hari Sabtu lalu, kumpulan batch 3rd year Architech (Persatuan pelajar2 Architecture UTM Skudai) telah mengadakan hari sukan Mini Archileague dimana semua batch2 pelajar Architecture dari tahun 1 sampai tahun 6 telah beradu berlawan Futsal, Bola Tampar, Tarik Tali dan Basketball. Kehadiran pelajar2 semua bolehlah dikatakan memberansangkan tetapi semua acara telah berjalan dengan lancar walaupun tempat acara ini dilanda 'hujan-hujan berhenti-panas terik-hujan kembali-hujan berhenti kembali-kembali panas terik'. Walaupun cuaca tidak menentu tetapi semangat kesemua peserta telah bermain hingga acara2 tamat kecuali perlawanan akhir tarik tali.

Berikut adalah keputusan acara yang diadakan:

Futsal Lelaki
Johan - Pelajar Tahun 6 (Inverto)
Naib Johan - Pelajar Tahun 2 (Strano)

Futsal Perempuan
Johan - Pelajar Tahun 5 (tom yam yam)
Naib Johan - Pelajar Tahun (Oracle + Strano)

Bola Tampar (Campuran)
Johan - Pelajar Tahun 6 (Inverto)
Naib Johan - Pelajar Tahun 3 (Oracle)

Basketball Lelaki
Johan - Pelajar Tahun 3 (Oracle)
Naib Johan - Pelajar Tahun 4 (Chronicles)

Basketball Perempuan
Johan - Pelajar Tahun 4 (Chronicles)
Naib Johan - Pelajar Tahun 3 (Oracle)

Tarik Tali (Lelaki)
Perlawanan akhir antara Pelajar Tahun 3 (Oracle) dan Pelajar Tahun 5 (Frenzi) masih ditunda hingga berita ini ditulis.

Berikut adalah kejadian2 yang berjaya dirakam:

Presiden Pelajar Tahun 3 (Oracle) memantau anak2 buah beliau membuat kerja sehari sebelum acara Mini Archileague.

Para Satriawan Oracle.

Pasukan Bola Tampar Oracle berjaya mendapat Naib Johan. (man of the macth Epul!)

Pasukan tarik tali yg sayur (Strano) kekekekeke~!

Futsal Perempuan, hm.......... no komen!

Futsal Lelaki yeah!!!! Tahun ni bebas dari insiden gaduh-gaduh huhuhu, hampir-hampir gak lah

Tahniah kepada kesemua pengadil-pengadil perlawanan, tahun depan kita pakai payung ais-krim, lagi besar lagi best huhu~!

Futsal Lelaki Akhir antara Strano dan Inverto.

Terima Kasih kepada yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung!

Saturday, February 16, 2008

Kejohanan Futsal SUKRA 2008


Yeah siang tadi berlangsungnya Kejohanan Futsal SUKRA 2008 di KRP, UTM. Beta bermain bersama pasukan Stracle bersama-sama Ayid, Arip, Mat, Izan dan Nipi. Malangnya pasukan beta tersungkur pada peringkat suku akhir, tu pun nyaris-nyaris tak masuk sebab point sama dengan pasukan Oh Oh Satey (apa punya nama pasukan da...) Tahniah kepada pasukan Ornano (Ornani?) yang dibarisi oleh Fadli, Fadly, Is, Amin, Om, Man dan Rosyam kerana berjaya mendapat tempat yang ke 3.
So beta nak tulis sedikit rumusan tentang punca kekalahan pasukan Stracle.
Punca kekalahannya adalah:
  1. Kemasukan Nipi menggantikan beta.
  2. Arip tak score ketika penalti pada masa perlawanan.
  3. Beta tak mandi pagi.
  4. Mat tak buat skil 'Geli Mat'.
  5. Tiada pasukan 'Cheer Leader' yang mantap.
  6. Perlawanan berlangsung pada siang dan bukannya malam.
  7. Padang futsal bukan warna hijau.
  8. Bukan perlawanan 'winner stay'.
  9. Izan tak buat skil 'scorpian'.
  10. Arip tak score ketika penalti pada akhir perlawanan. (hm Arip lagi...)

Cheer Leader belalai je semua, tak semangat langsung nak main futsal!


Ini dia punca kekalahan pasukan Stracle.