hell yeah!
baju band, baju petak-petak, seluar jeans lusuh (aku takde seluar jeans koyak-koyak masa dulu) dan kasut Converse All Star Jack Taylor.
ini lah pakaian rasmi aku masa penghujung tahun 90an (dalam tahun 97-99 la) dan ianya masih bertahan hingga kini. waktu cecair andrenalin baru sahaja mengalir deras dalam tubuh dan cecair mani baru membasahi tidur malamku. walaupun aku dengar Nirvana pada darjah 4 (1994) tapi impak terhadap cara pemakaian berlaku pada penghujung 1997.
sampai sekarang (2009) dah lebih 10 tahun aku berpakaian begini, kenapa?
sebab aku selesa dan aku setia menjadi pendengar tegar irama ini hingga menjadi ikutan terhadap cara pemakaian aku. ya, aku dengar muzik Grunge, tapi aku tak ikut cara kehidupan mereka seperti mana tau kehidupan di Seattle dipenuhi dengan muzik dan dadah, mereka disana seperti dipilih untuk memilih antara dadah ataupun muzik dan ramai yang mengambil kedua-duanya sekali.
tapi zaman sekarang dah berubah. butik Topman, Zara dan Guess antara yang digilai oleh pemuda-pemuda seperti aku ketika ini. aku sendiri memakai baju Topman dan kasut Zara, tapi aku rasa macam tak jujur. tak jujur dalam khalayak ramai. tak jujur dalam berkomunikasi. tak jujur dalam jati diri.
mungkin di era zaman teknologi ini aku harus mengejar sesuatu yang baru dan meninggalkan yang lama.
tak nak lah aku!
aku setia!
Friday, March 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
haa ape cerita kasut kulit zara perisa ba alif ba ya awak tu?
zara..topman??
dasat2 hehe...aku ngan apis pun xmampu hehe
sampai skang aku pakai Converse
:)
haha, betul tu jay, aku pun masih pakai converse yg aku beli masa aku form 5 dulu (2001) kat buntil bundle kat pudu tu, byk berjasa dh kasut converse aku tu n byk kenangan dah :)
dan yg terbaru, kasut tu meneman aku pergi tgk Oasis kat Singapore tempoh hari :)
sweet~!!!!
Post a Comment