aku hanya begini lagi,
tak perlu ku pejamkan mata lagi,
seluk poket kanan dan kiri,
hanya daki yang ku miliki,
telah kukatakan sejak dulu lagi,
kukatakan pada sendiri,
ntah masihkah ku ingat lagi?
aku disini masih menanti,
sudahlah wahai Mat Jenin!
takkan bulan jatuh lagi ke riba!
takkan mahu jilat kembali ludahan kau?
takkan kembali waktu yang berlalu!
kembalilah kepada langit yang terang,
indah menari-nari para bintang,
kenali satu dakaplah satu,
nescaya menjelmalah ia suatu hari nanti...
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dah lama aku tak bermain dengan penulisan kata-kata puitis,
takde masa terluang barangkali...
oh ya, penulisan baruku ini masih lagi ikut style metafora-metafora seperti mana karyaku yang terdahulu, aku begitu suka penggunaan metafora-metafora sebegini, seperti kuntuman bunga-bunga pada pokok-pokok rimbun...
hahaha tak bole blah ayat aku atas ni kekeke, ayat mcm skema hehe, tp cam ok gak kan, bila lg nak pakai ayat-ayat macam ni lg kan,
martabatkan penggunaan bahasa baku Malaysia!
Post a Comment