Pada 20hb hinnga 23hb Januari 2009, aku bersama-sama dengan kawan rumah sewa Taman Dagang aku (hampir kesemuanya ex-classmate aku semasa di Polisas 2002-2005) pergi bercuti ke chalet Penarik Inn di Setiu, Terengganu.
Ahli The Dagangers yang terlibat dalam trip ini:
- Ajis
- Apis
- Faizal
- Bard
- Aku
- Yad (pemilik chalet Penarik Inn)
Rentetan Peristiwa:
- Ajis dan Apis datang lewat ke Taman Dagang dari Um sebab Apis lupa nak drop kunci bilik hostel, so masa perjalanan nak ke Taman Dagang baru Apis perasan so terpaksa patah balik ke UM. Masa perjalanan ke UM ada plak road block. Disebabkan road tax motor yang dah mati sejak bila ntah so dorang terpaksa amik jalan jauh untuk balik ke UM. Sampai je UM baru la Apis perasan kunci dia tercicir ntah mana plak. So kena la cari sepanjang perjalanan dorang td. Nasib baik la jumpa kat atas jalan dalam UM je. Apa da... Dorang sampai Taman Dagang dalam pukul 10 malam kot, janji asal lepas magrib baru bertolak heh.
- Sampai RnR Temerloh Ajis sebok dengan botol air mineral yang cuma ada kat area Temerloh je, tempat lain takde. heh apa da, botol mineral je la...
- Sampai je exit Gambang, kitorang berhenti kencing n amik2 gambar, lepas tu kitorang sambung balik perjalanan ke Terengganu. Tapi sampai je kat area Gebeng, baru Ajis perasan handphone dia hilang. so berhenti la tepi jalan habis geledah satu kereta nak cari handphone dia tu, tapi tak jumpa la plak.
Aku : Handphone ko hilang ke? Ke ko kene 'Wakenabeb' sempena birthday ko hari ni?hahaha!!!
Ajis : Hah, yeke? Weh korang bak balik la handphone aku!
Banyak la 'Wakenabeb' ko! Yang ko terlompat-lompat, keluar-masuk kereta kat Gambang tadi sape suruh, kang dah tercicir handphone ko kat sana haha!!! So Bard, Faizal n Ajis patah balik ke Exit Gambang tadi nak cari handphone dia mana tau tercicir kat jalan ke. Patah balik punya hal dah 40km, tapi nasib baik jumpa kat tengah jalan heh.Ajis oh Ajis... - Aku budget sampai sana masa subuh sebab aku nak pagi2 amik gambar kat pantai berlatarbelakangkan matahari terbit kat horizon huhuhu!!! Tapi sebab banyak hal masa perjalanan tu so sampai pantai Marang dalam pukul 7 pagi, so kitorang stop tepi jalan n snap gambar beramai-ramai, tapi matahari tak nampak sebab banyak awan masa musim tengkujuh ni...
- Sampai kat Kuala Terangganu dah pukul 8 pagi, so kitorang semua pergi la sarapan kat kedai yang ada air-cond heheh.
Tukang order : Minum apa?
Yad : Kasi saya susu lembu satu.
Yang lain-lain : Wahahahahaha!!!!!!!!!!!!! - Kiranya kitorng bercuti kat sana bersama-sama dengan salah seorang bekas Ahli Parlimen Switzeland, nama dia Albert apantah, tapi family Yad panggil dia Atok. Ni merupakan percutian dia kat chalet Yad ni untuk kali yang kedua. Umur dia 62 tahun, rupa sebijik macam watak Tom Hanks dalam filem Cast Away.
- Disebabkan trip ni melibatkan ramai budak student architecture, so Yad bawak kitorang g Architecture Field trip. Salah sebuah site chalet 5 star bak kata Yad dekat2 dengan chalet dia. Konsep chalet ni tuan punya projek ni telah membeli banyak rumah2 melayu terengganu yang terbiar dan memasang balik di site ni. Memang lawa n tak ramai yang buat projek macam ni kat Malaysia. Memang smart la, nanti kalau dah siap aku nak kesini lagi.
- Esoknya Yad telah bawak kitorang ke Masjid Kristal. Memang lawa la n memang ramai gila yang datang tgk2 amik2 gambar n yg sembahyang kat sini. Tapi kitorang tak sembahyang kat sini, sekadar amik2 gambar berimejkan rock je sebab masing2 pakai spek hitam dan ada diantara kami yang pakai baju band haha!
- Petang tu kitorang jumpe Muh kat Kuala Terengganu n makan petang sama2.
Makcik kedai : Nok berapa nasi dagang? (ikut loghat Terengganu)
Aku : (ni kalau aku cakap stail terengganu mesti dapat murah ni, tak pun dia bagi nasi atau lauk lebih)
Aku : Kasi satu, duo, tigo, ompek nasi dagang.
Yang lain-lain : Wahahahaha!!!! - Malam tu kitorang bercadang nak buat bbq, so kiotrang pegi la Mydin beli barang2. Besar siot Mydin ni, macam2 ada beb, tak macam Mydin kat pantai barat. Banyak jugak la barang kitorang beli, sekali amik ko rm99.
- Yeah malam tu kitorang wat bbq ayam n mak Yad buat lamp chop yang memang best gila! Atok pun join gak walaupun dengar cerita gigi atok dah takde lagi hehe.
- Pagi Isnin tu plak kitorang mandi laut (main air sebenarnya, tak mandi pun). Musim tengkujuh beb, so ombak memang menggila la, nak masuk takat pinggang pun takut, so main2 ombak je la kat tepi2 tu, tak pun main2 pasir je haha!
- Sebelum balik tengahhari tu kitorang pergi ke kilang budu haha!
- Masa perjalanan balik tu kitorang singgah Kemaman makan sata n otak-otak. Makan sata mengalahkan macam makan nasi heh.
Aku pasti akan kesini lagi.
6 comments:
lain kali na g tganu teu singgah kat klate sekali..
hehehe
sleeping gurl - owh, Setiu ke Kelate tak brape jauh pun kan hehe
jap nk up diri sdri,tere gile ar aku bajet beli ngam2 99hinggit..pasni klau pegi lagi biar korg yg beli barang plak,biar turn aku plak usha awek2 kat mydin tu hehe...
tragedi gambang gampang mmg lawak!!
xde aku mesti xmeriah kan kekeke..
nasi dagang memang power!
Ajis - haha terer apa plak, rm99 tu dah over budget ko tau tak, ni semua gara2 wain halal yang kita beli tu haha!
Jayzuan - nasi dagang memang power, lebih2 lg kalo si penjual tu adalah seorang gadis huhu~!
perghh.. bapak best wat trip cane. kau bg aku satu idea best ooo. hahaha
Post a Comment