Wednesday, March 19, 2008

Larian Cerapan 2008

Semangat Larian Cerapan pleh saudara Solehudin.
(ni kalau ada obor macam mana la ek dia lari, ni baru bawak bendera kumpulan ni huhu~!)


Pada hari Ahad 16 Mac 2008 yang lalu persatuan Architect yang dikelolakan oleh pelajar Tahun 6 dan 5 telah menganjurkan acara Larian Cerapan 2008. Larian cerapan ni bagi beta adalah acara marathon + sukaneka lah. Acara ini diadakan sekitar pukul 4 petang dan dimulai dengan "Senam Mantap+Robik" (huhuhuhu~!). Selepas setiap kumpulan menunjukan 'cheer' mereka so mereka telah dilepaskan dari dataran FAB(Fakulti Alam Bina) dan menuju ke kaki Bukit Cerap. Di sana setiap kumpulan akan melakukan acara sukaneka seperti tiup belon, baling belon air, cari belon dalam tepung guna mulut dan melukis. Sesampai di puncak Bukit Cerap @ balai cerap lah mereka semua diberikan hadiah berupa makanan dan kemudian acara bergambar sesuka hati telah diadakan.

Yeah acara Senam Mantap+Robik!!!

Seorang Bisu, seorang buta, doa orang kena ikat tangan.

kame hame-ha!

no komen (huhuhu~!)

Para peserta dari Tahun 3 (Oracle) dan Tahun 2 (Strano)

Tuesday, March 18, 2008

Mini Archileague 2008

Para penonton futsal Mini Archileague.

Yeah pada 15 Mac 2008 bersamaan hari Sabtu lalu, kumpulan batch 3rd year Architech (Persatuan pelajar2 Architecture UTM Skudai) telah mengadakan hari sukan Mini Archileague dimana semua batch2 pelajar Architecture dari tahun 1 sampai tahun 6 telah beradu berlawan Futsal, Bola Tampar, Tarik Tali dan Basketball. Kehadiran pelajar2 semua bolehlah dikatakan memberansangkan tetapi semua acara telah berjalan dengan lancar walaupun tempat acara ini dilanda 'hujan-hujan berhenti-panas terik-hujan kembali-hujan berhenti kembali-kembali panas terik'. Walaupun cuaca tidak menentu tetapi semangat kesemua peserta telah bermain hingga acara2 tamat kecuali perlawanan akhir tarik tali.

Berikut adalah keputusan acara yang diadakan:

Futsal Lelaki
Johan - Pelajar Tahun 6 (Inverto)
Naib Johan - Pelajar Tahun 2 (Strano)

Futsal Perempuan
Johan - Pelajar Tahun 5 (tom yam yam)
Naib Johan - Pelajar Tahun (Oracle + Strano)

Bola Tampar (Campuran)
Johan - Pelajar Tahun 6 (Inverto)
Naib Johan - Pelajar Tahun 3 (Oracle)

Basketball Lelaki
Johan - Pelajar Tahun 3 (Oracle)
Naib Johan - Pelajar Tahun 4 (Chronicles)

Basketball Perempuan
Johan - Pelajar Tahun 4 (Chronicles)
Naib Johan - Pelajar Tahun 3 (Oracle)

Tarik Tali (Lelaki)
Perlawanan akhir antara Pelajar Tahun 3 (Oracle) dan Pelajar Tahun 5 (Frenzi) masih ditunda hingga berita ini ditulis.

Berikut adalah kejadian2 yang berjaya dirakam:

Presiden Pelajar Tahun 3 (Oracle) memantau anak2 buah beliau membuat kerja sehari sebelum acara Mini Archileague.

Para Satriawan Oracle.

Pasukan Bola Tampar Oracle berjaya mendapat Naib Johan. (man of the macth Epul!)

Pasukan tarik tali yg sayur (Strano) kekekekeke~!

Futsal Perempuan, hm.......... no komen!

Futsal Lelaki yeah!!!! Tahun ni bebas dari insiden gaduh-gaduh huhuhu, hampir-hampir gak lah

Tahniah kepada kesemua pengadil-pengadil perlawanan, tahun depan kita pakai payung ais-krim, lagi besar lagi best huhu~!

Futsal Lelaki Akhir antara Strano dan Inverto.

Terima Kasih kepada yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung!

Monday, March 10, 2008

Puisi Pusat Komuniti (bersama Muhamad Solehudin)

muhamad solehudin: hi
izzuddin mammals: sudah berapa gelen kopi telah ku telan
izzuddin mammals: entah berapa nguapan telah ku lakukan
izzuddin mammals: pejam dan celik, klik dan taip
muhamad solehudin: abih tu
izzuddin mammals: kemelekitan badan terasa gusar
izzuddin mammals: namun apakan daya ku
izzuddin mammals: harus disiapkan jua
izzuddin mammals: harus dikelolakan jua
izzuddin mammals: demi 10% markah yang dihidangkan
izzuddin mammals: takkan ku biarkan ia berlalu sahaja
izzuddin mammals: "Ah!" teriakku
izzuddin mammals: bingkas dari lamunan ini
izzuddin mammals: harus lakukan yang terbaik
muhamad solehudin: stop!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
izzuddin mammals: terbaik dari yang terbaik
izzuddin mammals: aku akur
izzuddin mammals: inilah hasilku
izzuddin mammals: sebuah "Pusat Komuniti"
izzuddin mammals: ye, sebuah puisi spontan dari karya Izzuddin
izzuddin mammals: hehehe
muhamad solehudin: hatiku berbisik...
izzuddin mammals: aaahhhhhh bosan ngantuk!!!!!!!!
muhamad solehudin: mahu segera kulaksanaknnya
muhamad solehudin: peluh jantan mengalir dipipi
muhamad solehudin: takkan kubiar begitu saja
izzuddin mammals: peluh jantan mengalir bersama kopi jantan
muhamad solehudin: andai itu jadi taruhan
muhamad solehudin: sampai malam ni sanggup tak tidur
muhamad solehudin: !!!!
muhamad solehudin: terbang tinngi si burung helang
muhamad solehudin: melayang jatuh patah sayapne
muhamad solehudin: tidur seminit akan kuhalang
muhamad solehudin: kelak kepuasan menanti di sane
muhamad solehudin: pegang tanganku ini
muhamad solehudin: dan rasakan ku menderita
muhamad solehudin: apa yg kurasa
izzuddin mammals: dah habis lom puisi ko in?
izzuddin mammals: dah habis lom puisi ko ni?
muhamad solehudin: tatau
izzuddin mammals: cepat la habiskan
muhamad solehudin:
muhamad solehudin: aku terdiam dibalik hujan
izzuddin mammals: embun menitis dikala renyai
izzuddin mammals: kilauan subuh terpancar di ufuk
izzuddin mammals: tidak kusedar hari hampir siang
izzuddin mammals: dimanakah tidurku?
izzuddin mammals: dimanakah mimpiku?
BUZZ!!!
izzuddin mammals: Ah alpakan semua itu
izzuddin mammals: aku harus berwuduk lekas
izzuddin mammals: solat subuh kukerjakan
izzuddin mammals: di pagi ini, "Pagi Yang Baru"....
izzuddin mammals: sekian....
izzuddin mammals: habis.....

Sebuah puisi oleh beta bersama Muhamad Solehudin pada pagi sebelum penghantaran tugasan studio 'Pusat Komuniti'

Sunday, March 9, 2008

Horizon

Hanya selangkah lagi langkahku, yang kutuju,
Hanya selangkah lagi langkahku, destinasiku,
Di horizon....
Di horizon....
Di horizon....itu destinasiku
Di horizon....
Di horizon....
Di horizon....itu yang kutuju

Saturday, March 8, 2008

Keputusan Pilihan Raya ke 12 (2008)

Anda semua bolehlah melihat keputusannya di link di bawah ini

http://www.bharian.com.my/klikkhas/pilihanraya/index_html

Sekian terima kasih.

Angin perubahan yang terkuat melanda Malaysia di era Mellineum ini.

Saturday, March 1, 2008

Pencarian

Beribu kali telah ku cuba
Tapi hasilnya seperti semalam
Beribu batu telah ku jejak
Namun hakikatnya ku masih disini

Perjalanan yang beribu batu
Pencarian yang tak bernoktah

Ku masih di sini
Ku masih mencari
Ku masih tak mengerti

Namun pencarianku entah di mana