Saturday, November 21, 2009

Kataku, Tanyaku, Fikirku, Anganku

apa daya aku?
mendaki setinggi ini
"Suatu keperluan,"
kataku
mulanya cabaran
kini debaran

"Persetankan kesemuanya!"
"Demi matlamatku,"
benarkah?
atau haruskah?
hanya bersifatkan ego?
tanyaku sendiri

semakin berusia
semakin enak
mungkin seranum mempelam
"Ah, sekadar metafora,"
segarkah ingatanku?
fikirku sejenak...

terbang!
ke stesen bima sakti
muncullah sang bidadari
kehidupan yang hakiki
"Hebatnya anganku ini,"
tiada siapa yang peduli

yang dipuja
yang dicari
yang datang
dan yang pergi
yang berganti
hanya satu di hati

Thursday, October 8, 2009

white, purely shining heart

white, purely shining heart
...
dancing in the sky with blues
in the land of thousand smiles
mix it with limes and juices
its just you and me behind this lies
...
love is a part of our life
it comes with light and bubbles
and it goes by the wind and ashes
wash it with questions and tears
...
let me dig deeply inside your heart
what I've found is just pain and hurt
what can you do as keep me shout
as I lay down behind this cloud
...
please give me time to let me chance
or let me get into my plane
you can't see my sadness, no you can't
sometimes it drop with pouring rain
...

Monday, September 7, 2009

ralat

ralat

ralat

ralat

ralat

ralat

ralat

ralat

ralat

ralat itu normal....

normalkah aku?

Wednesday, August 19, 2009

aku meminta dariMu ya Kudus

dari saat mata ini mencelik
ke alam dunia ciptaanmu ya Tuhan
dari tangisan pertama di wad itu
sehingga nguapan sebentar tadi

sejak dari rangkak pertama dulu
hinggaku bangun berdiri
hingga ku pandai berjalan justeru berlari
sehingga satu ketika aku terbang

setiap percakapan ku dari azali
setiap cemuhanku itu
setiap cacianku itu
setiap omong kosongku dulu

setiap perbuatanku dulu
pergerakan alpa aku
langkahan sonsangku dulu
dan larian durjanaku lalu

ku meminta dariMu ya Kudus
keampunan segala-galannya dariMu
dosa-dosaku sebesar gunung
hingga sekecil bak kuman

tidak kira bilapun ia
tidak kira sedar mahupun mamai
sempena Ramadan Mubarak ini
aku bertahkta keatasMu

ampunilah aku
hambaMu yang kerdil ini

rahmatilah aku
Ramadan yang mulia ini

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Monday, August 3, 2009

Masej dari Hodm Rifusda

jatuh dan bangun,
qadak dan qadar..
itu biasa,
kerana apa..
kerana kita diberi pilihan jalan..
untuk menjadi manusia

masej dari

Hodm Rifusda
Hodm Rifusda yang komen nota Mohd Jayzuan di dalam facebook

Wednesday, July 8, 2009

in every step that I've been walking

tell me how far you gonna run?
is there enough air you have to breath?
no mater how fast you run
my shadow will just an inch from your path

it is a long and dark tunnel
there's no turning back
the space is just near to your nose
only time can save you from apart

it is my passion!
my movement inside my head
will the sun light me in every minute?
will the rainbow keep dancing in the sky?

it's just a matter of time
to keep me thinking and guessing
where's the line that guide me?
do I've erase it from my own sight?

in every step that I've been walking...

Friday, June 19, 2009

aku dan masa

hitung sana hitung sini,
luang sana luang sini,
begitu banyak yang terbuang,
terlalu banyak yang dibazirkan.

aku terlalu optimistik......... dengan masa sendiri.

Wednesday, May 20, 2009

aku masih begini

terjenak duduk memikirkanku
sepurnama mebelahi malam
hari didatangi matahari
langkah yang terus digagahi

aku masih begini,

duduk, berdiri dan duduk kembali
tinggi bulan sukar dicapai
nafas yang tiada perhenti
jemu bukan yang dicari

aku masih begini,

tatkala semput menyerangi sinarku
bentesan logikal masa silam
takkan kembali ulangan tergendala
montivasi hati terus berevolusi

aku masih begini...

Wednesday, April 15, 2009

dua puluh lima

  1. sakit mata
  2. pelat
  3. Toye
  4. melukis
  5. penjaga gol
  6. grunge
  7. Butterfingers
  8. Mudhoney
  9. Converse All Star Jack Taylor
  10. loud_lucy
  11. skateboarding
  12. PBL 846
  13. Nincompoop
  14. rumah kosong
  15. kantoi suara
  16. senibina
  17. Paloh Inai
  18. FX 150
  19. The Hoofed Mammals
  20. telecaster
  21. redsnemsis
  22. Lifestyle Sollution
  23. Taman Dagang
  24. Yishun
  25. apendix

Monday, April 13, 2009

ZARA Men shoes ltd ed-rare


Price: RM 180
Item Description: Original ZARA MEN SHOES
Made In Vietnam
sz 8
Used or New : used.it is rare item bought from singapore.
Condition & Age : 3 months
Price : RM 180
Negotiable : Yes.maybe a little
Reason for sell : note that its pig skin lining
Location : kuala lumpur.seremban.JB
Mode of Delivery : express courier

interested? message me
017-2937784

Izzuddin

Friday, March 6, 2009

remember the 90s?

hell yeah!

baju band, baju petak-petak, seluar jeans lusuh (aku takde seluar jeans koyak-koyak masa dulu) dan kasut Converse All Star Jack Taylor.

ini lah pakaian rasmi aku masa penghujung tahun 90an (dalam tahun 97-99 la) dan ianya masih bertahan hingga kini. waktu cecair andrenalin baru sahaja mengalir deras dalam tubuh dan cecair mani baru membasahi tidur malamku. walaupun aku dengar Nirvana pada darjah 4 (1994) tapi impak terhadap cara pemakaian berlaku pada penghujung 1997.

sampai sekarang (2009) dah lebih 10 tahun aku berpakaian begini, kenapa?
sebab aku selesa dan aku setia menjadi pendengar tegar irama ini hingga menjadi ikutan terhadap cara pemakaian aku. ya, aku dengar muzik Grunge, tapi aku tak ikut cara kehidupan mereka seperti mana tau kehidupan di Seattle dipenuhi dengan muzik dan dadah, mereka disana seperti dipilih untuk memilih antara dadah ataupun muzik dan ramai yang mengambil kedua-duanya sekali.

tapi zaman sekarang dah berubah. butik Topman, Zara dan Guess antara yang digilai oleh pemuda-pemuda seperti aku ketika ini. aku sendiri memakai baju Topman dan kasut Zara, tapi aku rasa macam tak jujur. tak jujur dalam khalayak ramai. tak jujur dalam berkomunikasi. tak jujur dalam jati diri.

mungkin di era zaman teknologi ini aku harus mengejar sesuatu yang baru dan meninggalkan yang lama.

tak nak lah aku!

aku setia!

Saturday, February 14, 2009

aku klimaks bersama the Footos

Aku mencapai tahap klimaks ketika jaming lagu yang aku cipta setengah jam sebelum jaming pada malam 14 Februari. Tajuk lagu ni belum ada, tapi memang terasa aura 90's rock (GRUNGE) hahaha! Harap korang semua layan video di bawah ini.

Rock On! or should i said Grunge On?

Monday, February 9, 2009

Terengganu Trip


Pada 20hb hinnga 23hb Januari 2009, aku bersama-sama dengan kawan rumah sewa Taman Dagang aku (hampir kesemuanya ex-classmate aku semasa di Polisas 2002-2005) pergi bercuti ke chalet Penarik Inn di Setiu, Terengganu.

Ahli The Dagangers yang terlibat dalam trip ini:
  1. Ajis
  2. Apis
  3. Faizal
  4. Bard
  5. Aku
  6. Yad (pemilik chalet Penarik Inn)
Jadi pada petang Jumaat 20hb Januari aku bertolak dari UTM Skudai ke KL untuk jumpa dulu ngan budak-budak ni semua, yelah gerak sekali kan. Kami bertolak dari Ampang pada jam 1130 malam dan sampai ke chalet Yad dalam pukul 9 pagi keesokan harinya.

Rentetan Peristiwa:
  1. Ajis dan Apis datang lewat ke Taman Dagang dari Um sebab Apis lupa nak drop kunci bilik hostel, so masa perjalanan nak ke Taman Dagang baru Apis perasan so terpaksa patah balik ke UM. Masa perjalanan ke UM ada plak road block. Disebabkan road tax motor yang dah mati sejak bila ntah so dorang terpaksa amik jalan jauh untuk balik ke UM. Sampai je UM baru la Apis perasan kunci dia tercicir ntah mana plak. So kena la cari sepanjang perjalanan dorang td. Nasib baik la jumpa kat atas jalan dalam UM je. Apa da... Dorang sampai Taman Dagang dalam pukul 10 malam kot, janji asal lepas magrib baru bertolak heh.
  2. Sampai RnR Temerloh Ajis sebok dengan botol air mineral yang cuma ada kat area Temerloh je, tempat lain takde. heh apa da, botol mineral je la...
  3. Sampai je exit Gambang, kitorang berhenti kencing n amik2 gambar, lepas tu kitorang sambung balik perjalanan ke Terengganu. Tapi sampai je kat area Gebeng, baru Ajis perasan handphone dia hilang. so berhenti la tepi jalan habis geledah satu kereta nak cari handphone dia tu, tapi tak jumpa la plak.

    Aku : Handphone ko hilang ke? Ke ko kene 'Wakenabeb' sempena birthday ko hari ni?hahaha!!!
    Ajis : Hah, yeke? Weh korang bak balik la handphone aku!

    Banyak la 'Wakenabeb' ko! Yang ko terlompat-lompat, keluar-masuk kereta kat Gambang tadi sape suruh, kang dah tercicir handphone ko kat sana haha!!! So Bard, Faizal n Ajis patah balik ke Exit Gambang tadi nak cari handphone dia mana tau tercicir kat jalan ke. Patah balik punya hal dah 40km, tapi nasib baik jumpa kat tengah jalan heh.Ajis oh Ajis...
  4. Aku budget sampai sana masa subuh sebab aku nak pagi2 amik gambar kat pantai berlatarbelakangkan matahari terbit kat horizon huhuhu!!! Tapi sebab banyak hal masa perjalanan tu so sampai pantai Marang dalam pukul 7 pagi, so kitorang stop tepi jalan n snap gambar beramai-ramai, tapi matahari tak nampak sebab banyak awan masa musim tengkujuh ni...
  5. Sampai kat Kuala Terangganu dah pukul 8 pagi, so kitorang semua pergi la sarapan kat kedai yang ada air-cond heheh.

    Tukang order : Minum apa?
    Yad : Kasi saya susu lembu satu.
    Yang lain-lain : Wahahahahaha!!!!!!!!!!!!!
  6. Kiranya kitorng bercuti kat sana bersama-sama dengan salah seorang bekas Ahli Parlimen Switzeland, nama dia Albert apantah, tapi family Yad panggil dia Atok. Ni merupakan percutian dia kat chalet Yad ni untuk kali yang kedua. Umur dia 62 tahun, rupa sebijik macam watak Tom Hanks dalam filem Cast Away.
  7. Disebabkan trip ni melibatkan ramai budak student architecture, so Yad bawak kitorang g Architecture Field trip. Salah sebuah site chalet 5 star bak kata Yad dekat2 dengan chalet dia. Konsep chalet ni tuan punya projek ni telah membeli banyak rumah2 melayu terengganu yang terbiar dan memasang balik di site ni. Memang lawa n tak ramai yang buat projek macam ni kat Malaysia. Memang smart la, nanti kalau dah siap aku nak kesini lagi.
  8. Esoknya Yad telah bawak kitorang ke Masjid Kristal. Memang lawa la n memang ramai gila yang datang tgk2 amik2 gambar n yg sembahyang kat sini. Tapi kitorang tak sembahyang kat sini, sekadar amik2 gambar berimejkan rock je sebab masing2 pakai spek hitam dan ada diantara kami yang pakai baju band haha!
  9. Petang tu kitorang jumpe Muh kat Kuala Terengganu n makan petang sama2.

    Makcik kedai : Nok berapa nasi dagang? (ikut loghat Terengganu)
    Aku : (ni kalau aku cakap stail terengganu mesti dapat murah ni, tak pun dia bagi nasi atau lauk lebih)
    Aku : Kasi satu, duo, tigo, ompek nasi dagang.
    Yang lain-lain : Wahahahaha!!!!
  10. Malam tu kitorang bercadang nak buat bbq, so kiotrang pegi la Mydin beli barang2. Besar siot Mydin ni, macam2 ada beb, tak macam Mydin kat pantai barat. Banyak jugak la barang kitorang beli, sekali amik ko rm99.
  11. Yeah malam tu kitorang wat bbq ayam n mak Yad buat lamp chop yang memang best gila! Atok pun join gak walaupun dengar cerita gigi atok dah takde lagi hehe.
  12. Pagi Isnin tu plak kitorang mandi laut (main air sebenarnya, tak mandi pun). Musim tengkujuh beb, so ombak memang menggila la, nak masuk takat pinggang pun takut, so main2 ombak je la kat tepi2 tu, tak pun main2 pasir je haha!
  13. Sebelum balik tengahhari tu kitorang pergi ke kilang budu haha!
  14. Masa perjalanan balik tu kitorang singgah Kemaman makan sata n otak-otak. Makan sata mengalahkan macam makan nasi heh.

Aku pasti akan kesini lagi.

Tuesday, January 20, 2009

aku hanya begini lagi

aku hanya begini lagi,
tak perlu ku pejamkan mata lagi,
seluk poket kanan dan kiri,
hanya daki yang ku miliki,

telah kukatakan sejak dulu lagi,
kukatakan pada sendiri,
ntah masihkah ku ingat lagi?
aku disini masih menanti,

sudahlah wahai Mat Jenin!
takkan bulan jatuh lagi ke riba!
takkan mahu jilat kembali ludahan kau?
takkan kembali waktu yang berlalu!

kembalilah kepada langit yang terang,
indah menari-nari para bintang,
kenali satu dakaplah satu,
nescaya menjelmalah ia suatu hari nanti...