Tuesday, January 20, 2009

aku hanya begini lagi

aku hanya begini lagi,
tak perlu ku pejamkan mata lagi,
seluk poket kanan dan kiri,
hanya daki yang ku miliki,

telah kukatakan sejak dulu lagi,
kukatakan pada sendiri,
ntah masihkah ku ingat lagi?
aku disini masih menanti,

sudahlah wahai Mat Jenin!
takkan bulan jatuh lagi ke riba!
takkan mahu jilat kembali ludahan kau?
takkan kembali waktu yang berlalu!

kembalilah kepada langit yang terang,
indah menari-nari para bintang,
kenali satu dakaplah satu,
nescaya menjelmalah ia suatu hari nanti...