Friday, August 26, 2011

sucikan kasta

Sinar hening ini
lama kunanti

laungan pujian
Maha yang Satu

sucikan kasta
satu sama satu

muliakan dinihari
seribu serba baru

Kemaafan
sekalung salaman

titisan kehibaan
sesalan semesta

yang telah pergi
nisan sebagai pengganti

kamu yang disisi
senyumlah berseri.

...

Selamat hari raya Aidilfiti 1432 Hijrah,
Maaf Zahir dan Batin.

A.Izzuddin


Tuesday, August 23, 2011

the last train

waiting for the last train
at this last station

there it come
honk-honk with the light

get up stand by the bay
as the wheels past the line

slow and easy
i must take the last train

Thursday, August 18, 2011

Ramadan 2011

kau datang lagi
saban tahun ramai menanti
kini kau lagi
namun aku seolah tidak peduli

sesungguhnya kau memang bermaksud
agar aku mencari apa ertinya
namun kealpaan dan kelalaian
di bulan mulia ini aku kecundang

dimana ketaqwaan aku?
sekadar menahan lapar dahagakah?

dimana ketaqwaan aku?
diatas sebentang sejadahkah?

dimana ketaqwaan aku lagi?
di dalam masjid berserta morehkah?


aku masih khuatir akan risiko

jelas apa yang kufikirkan
namun kabur yang kurasa
di kala ini
- terasa membuak
apa yang terjadi kelak
- hanya itu yang ku mahu!

qada' dan qadar
- itu ketentuan Illahi
aku sekadar cuba dan berusaha
selalu berinteraksi dalam fantasi
realitinya?
- aku masih khuatir akan risiko!

adakah harus diaturkan
langkahan ini?
adakah harus diluahkan
ketelusan ini?
haruskah membiarkan masa yang menari-nari?
dan dimanakah ruang dan masa aku sendiri?

ah, penat aku bersama hari-hari malang semalam
kini dan esok harus ku aturkan
harus kutempuhi bersama cabaran!
semoga bulan dan bintang menjadi penglipurku