Sunday, August 17, 2008

170808 : the ugly, bad & good

Sepatutnya the good, bad & ugly, tapi aku nak juga menulis the ugly, bad & good. Semalam bertarikh 170808 telah terjadi pelbagai perisa perkara yang melanda aku. Macam hari tersebut lama je, mungkin banyak hal yang terjadi barangkali.

The Ugly
1) Band aku (The Footos) tak dapat masuk ke peringkat akhir Batle Of The Band di Pesta Konvokesyen UTM. (biasa la lupa lirik lagi...)

The Bad
1) Woong Chun Han kalah kepada Lin Dan pada perlawanan akhir badminton Olympic. (dapat perak ok juga kan, tapi tak dapat la RM1 juta hui~!)

The Good
1) Aku KEMBALI menyaksikan persembahan Butterfingers di City Plaza, Johor Bahru bersama yang tersayang hee :) oh ye kawan aku pun ikut sama.

2) Pasukan Chelsea menang kepada pasukan Portsmoth 4-0 pada perlawanan pertama mereka untuk musim baru EPL. Yeah TRUE BLUES!!! (man of the match-Deco!)

DULU, KINI, SEMALAM,
ESOK HARI BERMAKNA.

Thursday, August 14, 2008

GUMBIRA

seingat aku, aku mula chatting kat internet ni masa aku darjah 6, masa tu ngan Tajul masuk channel 'Tepi Padang' (ntah ada lagi ke tak skrg ni) masa tu tahun 1996 beb, nak masuk Ciber Cafe (CC) pun susah sbab 1 jam kene bayar RM9! mahal beb! CC 1st yang aku masuk dulu nama dia Cyber Cafe Gumbira kat Bukit Chedang, skrag jd kedai dobi kalo tak silap aku.

naik Form 1, aku jadi addict kat channel chatting ni, MIRC. bayangkanlah masa tahun tu nak masuk CC kene RM8 1 jam. kat Terminal One Seremban ada 1 CC femes la masa tu -Zero Cool (huhu ikut nama crite Hackers ala Angelina Jolie blakun tu) masa tu rate turun dari RM8 ke RM7, pastu ke RM6, RM 5, & RM4. seingat aku la, aku masuk CC berchatting MIRC ni sampai rate dia RM4-5 camtu la. duit blanje sekolah sanggup aku jimat semata2 hari minggu nak g CC. takde keje lain la, chatting MIRC, cari lirik n guitar tab & porn(semua laki kalo online mmg kesini la!). skrg ni 1 jam baru RM1.50 murah gila!

Chatting MIRC mmg bahaya la, jd ketagih beb, mcm dadah pun ada. smggu skali kalo miss bole menggigil 1 badan beb! org yg kita tak kenal, bawak layan chating smpai 2-6 jam non-stop, ntah apa borak kosong jek, ntah betul pompuan ke laki yg nyamar jd pompuan ke, tp intro mest "a/s/l". kalo dia bg jawapan 'male', mmg aku tak layan la! Channel kampung, mamak dan ntah pape2 ntah aku masuk, bukannye apa pun, borak2 kosong jek, tapi borak ngan nama2 nickname awek la hahaha!

aku dari dulu lagi pakai nickname ni tak kira channel apa aku masuk - 'loud_lucy'

channel yg aku slalu masuk masa dulu (skrg tak tau la ada ke tak):
1) kampung (crowded sgt la, aku tak suke sgt, tp awek ramai hahaha)
2) mamak (crowded gak,n awek pun sama ramai, maybe sama je kot org ngan kampung tu)
3) georgian (sekolah aku pnye)
4) Sttj (sekolah aku pny gak-form 4 n 5)
5) rasah
6) tembok_puaka (ni channel geng2 abg aku, aku join gak)
7) underground (slalu aku check gig kat channel ni la)
8) grunge (aku bertukar2 knowledge ngan bebudak dlm ni)
9) ramones (huhu yg ni bes, sume 1 kepala)

ada lg channel yg aku msuk lg, tp yg aku ingat setakat yg ni je la.

chatting ni pun bermusim gak, musim yg paling bes skali masa bulan pose! layan beb! habis terawikh, lepas more n lepas main mercun ngan mbr2, sggup aku berlari balik rumah sbab nak first skali on pc n chatting MIRC. tau la rumah aku ada 2 org abang aku, akak aku n adik aku. ha camne nak amik turn? tp ms bln pose tu, pnye la rancak berchating sampai masuk waktu imsak! bapak aku turun nak sahur tgk aku chatting lg, ha kene sound la huhu sbab bil telepon pun naik kan. dah tu pas sahur sambung balik beb, alasannya tnggu subuh la konon!

haha aku ada gak blind date nagn awek dlm MIRC ni kehkehkeh! masa aku form 4 ke 5 camtu la. kira mcm nk jmp kat McD Terminal One la, tp aku tak pakai baju kaler pe yg aku bgtau dia haha play safe beb! skali aku usha kt dlm McD tu takde 1 pun yg cun-bole tahan-comel pun, aiseyman, nasib baik aku pakai baju kaler lain!

tp sbab slalu sgt chating, so jd bosan gak, asyik menipu org je kadang2 haha so kalo aku dah bosan thp gaban aku akan wat 'flood' kat channel tu hahaha! last2 aku yg kene kick!

tp skrg dah ada MSN, Ym, forum, friendster, myspace, facebook n apa lancau lagi la. bayak gila la, kalo dulu cume ada MIRC jek. memang nostalgia la, memang klasik hehe. bes r kalo ingat blk dulu2 camne. dulu cume berbekalkan Pentium 3 & Windows 95 jek, skrg kat handphone pun bole, canggih gilakan.

Sunday, August 3, 2008

pencen

jatuh semasa bermain futsal
cedera pada tangan kanan
tidak patah tidak retak
cuma cacat seketika

walaupun sudah lebih tiga tahun
cuba kembali ke posisi penjaga gol
akibatnya cacat seketika
tulang yang terlari dikembalikan ke posisi asal

justeru itu
pencen dari bermain posisi penjaga gol

cuba bermain posisi pertahanan tengah
walaupun 90 minit berada di barisan serangan
di asak oleh pertahanan lawan
cuba mengambil simpati pengadil
jatuhkan badan dengan harapan mendapat penalti
pengadil tidak endah, tulang yang lari kembali

teringat kembali di zaman sekolah
ragbi pernah dimainkan dikala mencari sukan baru
ah apa salahnya bermain kembali
dapat pula tempat johan
terfikir menjadikan sukan serius
lantas turun ke padang mengikuti latihan pasukan
latihan yang keras diterima, tulang yang lari kembali

justeru itu
pencen dari bermain ragbi

cuba bermain bola keranjang
walaupun ketinggian cuma 169cm
cuba melompat tinggi menghayunkan tangan
dengan harapan dapat menampan bola yang tinggi
bola tidak dapat ditampan, tulang yang lari kembali

justeru itu
pencen dari bermain bola keranjang

cuba berjinak kembali dengan papan luncur
setelah sekian lamanya tidak meluncur
papan luncur dicari dan kasut baru dibeli
hari pertama untuk mendapatkan skill kembali
hari ketiga mendapat kecederaan yang berulang
papan luncur terlajak, tulang yang lari kembali

justeru itu
pencen dari bermain papan luncur

terfikir sejenak

apa yang harus dibuat

dikala perut makin bulat,
dada makin padat dengan nikotin,
peluh harus dikeluarkan
agar penafasan menjadi seimbang

justeru itu
kaki disarung kasut
langkah mula diatur
lari dan lari terus berlari

terpaksa lah jogging....

Friday, August 1, 2008

aku tak akan alpa

akuharusbangun
aku tak perlu harus lagi
sebab aku telah bangun
dalam mengorak langkah baruku ini

engkau ya sibidadari
kuharus menjagamu
itu janji padaku sendiri
setiap masa agar kau tak jemu

terbanglah sibidadariku
terbang dalam realiti dan mimpi ku
jangan kau khuatir kerana ada aku
aku tak akan alpa kerana ada kamu

selalu terfikirkan kamu
khayalan ku termenungkanmu
kala tiada kau disisi aku
baru ku tahu bertapa hebatnya rasa rinduku
akuharusbangun...

aku rasa, aku tak harus lagi pakai tema ni,

sebab aku telah bangun...

telah bangun keluar dari lubang yang aku tak pernah jatuh sebelum ni,

dalam yang sangat...

aku tersentak...

aku terhentak...

sakit yang amat...

hinggakan aku tak tau apa yang aku harus buat semasa terjatuh tempoh hari.


tetapi kini segalanya kembali normal,

segalanya kembali ceria,

tidak seperti dahulu lagi,

aku lebih mengerti soal kehidupan,

tidak perlu lagi menjadi bodoh,

tidak perlu lagi berlakun menjadi bodoh,

kerana aku tau, aku hanyalah macam ini sahaja.


BINGKAS!


tetapi bila terfikir tentang hal dahulu, aku mengerti
mengerti bahawa ralat itu normal,

langkahku masih jauh lagi,

harus terus menghayunkan kaki ini

ke destinasi yang aku ingin tujui,

dan aku bukan sendiri lagi,

bidadari tu, yang mengangkat aku dari lubang itu,

harus bersama aku melangkah lagi,

kerana kau bidadari kau harus terbang lagi

terbang dan aku ingin bersama,

kerana kau adalah semangatku.



tak p