Thursday, September 11, 2008

hening langit jingga

suluhan fajar sedingin salju,
serpihan masa menusuk nafsu,
berkokoklah jalak menghiris waktu,
berjumpa lagi subuh yang baru...

hening langit menampakkan jingga,
suam terasa memberatkan mata,
dendangan si bilal membangunkan kasta,
lapangan dada hirupan udara...

langkah diatur mara ke sana,
seribu harapan bersama cita,
kayuhan peluh mencorak minda,
tinggi di langit mendabik dada...

ralat sejenak tergendalanya visi,
kaburnya kelam langkahan terhenti,
semangat dihitung bersama potensi,
pantang jatuh menyembah bumi.

Monday, September 8, 2008

Raya datang lagi

Hari raya datang lagi, nampaknya baju sama lg ke tahun ni?
baju sama tiap2 tahun aku tak kisah sangat la, laki apa ada hal?!

Soalan cepu emas yang aku terima tiap-tiap tahun semasa raya pertama
  1. Cuti berapa lama?
  2. Kau bukan dah keje ke? Buat apa nak ang-pau plak?
  3. Macam mana study? ok?
  4. Eh, kau study kat mana?
  5. Berapa lama lagi ko habis study?
  6. Sembahyang raya kat masjid mana tadi?
  7. Penuh ke puasa kau tahun ni?
  8. Mana abang Bob & abang Az ko? tak balik cuti raya ke?
  9. Kampung batu hampar buat lemang tak tahun ni?
  10. Mana satu Iz & mana satu Fami ni? (soalan yang ni aku paling panas!)

Selamat Menyambut Kedatangan Hari Raya Aidilfitri!