Friday, October 24, 2008

waktu kerjaku

inspirasi : rokok dan air kopi
waktu berjaga : malam (kerana malam itu indah, malam itu sunyi, malam itu dingin = tiada gangguan)
waktu tidur : 8 pagi

ah, punggungku kebas!
badanku lekit!
tanganku lenguh!
mataku kuyu!
perutku lapar!
aku harus tidur...

7:20 pagi 25 Oktober 2008

Monday, October 20, 2008

I'm In The Band

Last Reason To School (1999)
Aku mula masuk studio rekod lagu sejak tingkatan 3 pada tahun 1999, beberapa minggu sebelum PMR bersama Last Reason Of School untuk demo compilation Keep Rocking In The Free World. Demo compilation ni dirakam di Studio Elligant One, Terminal One Seremban sekitar bulan 7-9 1999 bersama-sama band Grenade, Systhesis dan The Spindles. Sebenarnya aku sebagai pengganti abang aku Shahrul (aku panggil dia Bob) yang pada masa tu belajar di UTM Skudai so dia takde masa nak balik selalu so dia rekemenkan aku ngan band mate dia yang kesemuanya sebaya dengan dia, cume aku je yang masih bersekolah dan yang paling muda. Kitorang masa tu banyak jam lagu-lagu The Ramones dan Weezer.

Line up Last reason To School:
Anip = Drumer
Farid = Bass
Farid gemuk = Vocalist
Aku = Gitarist

Track lagu:
1) I Hate My Job
2) Speachless
* kedua-dua lagu ni dicipta oleh abang aku

Nincompoop (2001)
Selepas aku habis SPM pada tahun 2001, aku kembali masuk ke studio untuk rekod bersama-sama band aku Nincompoop pada tahun 2002. Disebabkan terlalu amatur sangat so masa rakam lagu-lagu ni semua hampeh dan terkucil-kucil. So disebabkan main ntah macam hape dan siap kena marah ngan abang studio lagi, so demo ni tak jadi keluar sebab malu dengan cara kitorang main. memang hampeh! Dah la record kat Studio X-Cess Studio Ampang jauh lak tu sebab kitorang dari Seremban.

Line up Nincompoop:
1) Kamil = Drummer
2) Mizi = Vocalist
3) Halim = Bass
4) aku = Gitarist

Track lagu:
1) Intro
2) Lost In Dreams
3) I'm Sick With You
4) Julie
5) Stupid Song
6) I'm Sick With You
* kesemua lagu dicipta oleh aku

The Hoofed Mammals (2004)
3 tahun selepas tu aku panggil balik band mate aku nak rekod balik lagu-lagu yang haram tak jadi sebelum tu, dengan sumber duit ekonomi yang ok sikit. Tapi sebelum tu Kamil (drummer) mengundurkan diri sebab rase tak best dengan band yang aku perform ni sebab aku kira gila kuasa gak la n semua mau ikut kepala aku haha! nasib la sebab aku yang buat semua lagu2 tu! Tapi selepas tu Halim pun nak quit gak sebab nak tumpukan perhatian kepada kereta dia. So aku invite Hapis sebagai main bass dan Tajul (drummer Rocket Flowers main drum). Tapi masa lagu-lagu ini dirakam aku bertindak sebagai pemain bass dan gitar sekali sebab kesuntukan masa untuk mengajar Hapis bermain bass. Oh ye nama band pun telah ditukarkan kepada The Hoofed Mammals oleh Mizi sebab dia rasa nama Nincompoop (si tolol) tak sesuai langsung. Lagu-lagu ni semua direkod di Studio X-Cess Studio Ampang. Tapi semasa nak rekod track vokal, baru la sedar vocal mizi terlalu low dan mellow dan tak sesuai dengan lagu-lagu kami so dia hanya rekod lagu Lost In Dreams sahaja. Kemudian Hapis memperkenalkan roomate dia kat IKRAM Kolej, Bard untuk mengisi kekosongan tempat vocalist.

"Dia tu memang suka menyanyi, so tada hal la," Hapis kata kat aku.

"Apa ek favourite music kau?" tanya aku kat Bard

"Hm, mostly RnB la," jawap Bard

"Erk? Aiseyman?" kata aku dalam hati la.

Tapi tadahal la, janji demo ni kasi jalan. So sempat gak la dia joint kitorang dalam event February Music Festival di Seremban Parade sekitar bulan April 2004. Dan selepas tu dia memang dah jadi bandmate la.


Line up The Hoofed Mammals (2004):
1) Tajul = Drummer
2) Mizi = Vocalist (untuk lagu Lost In Dreams sahaja)
3) Bard = Vocalist
4) Hapis = Bass
5) aku = Gitarist

Track lagu:
1) Lost In Dreams (Vocal = Mizi)
2) Your Brain is Just A Piece Of Shit
3) People On The Side Walk
4) I'm Sick With You
5) Unguilty Bitch
* kesemua lagu dicipta oleh aku

The Hoofed Mammals (2006)
Selepas aku habis blaja kat Polisas Kuantan dan aku mula berkerja di Kuala Lumpur, so memang senang la aku nak fokus kat band aku, so aku kumpul material baru dan mula berlatih ngan bandmate untuk sesi rakaman demo baru The Hoofed Mammlas. So kami pilih Studia Akar Karya untuk rakam lagu-lagu kami dan Abang Ali sebagai engineer. Malangnya lagu market kitorang Stereo Girl tak dapat di rakam dengan jayanya sebab terdapat pelbagai masalah yang terjadi kat studio ni, agak terkilan gak la sebab lagu tu paling favourite bagi kami.


Line up The Hoofed Mammals (2006):
1) Tajul = Drummer
2) Bard = Vocalist
3) Hapis = Bass
4) aku = Gitarist

Track lagu:
1) We Ain't Going Down
2) Beautiful Life
3) You Should Know Better
4) 6:48 a.m
* kesemua lagu dicipta oleh aku

The Footos (2006)
Aku buat band ni masa aku mula-mula masuk UTM Skudai sambung blaja balik. Asalnya setakat nak masuk Battle Of The Band je, tapi memang pun haha. Bagi aku band ni tak serius seperti the Hoofed Mammals. Hanya main lagu-lagu cover je, cuma ada satu lagu sendiri je, tu pun tak rakam pun. Tapi pernah gak la kitorang main gig di Taman U. Battle of the band kat UTM pun belambak je masuk tp tak penah menang pun hahaha! memang kami main taknak menang pun sebenarnya.

Line up The Footos:
1) Amad = Drummer
2) Shapik = Bass
3) aku = Gitarist & Vocalist

aku bertambah malas

dongak ke lantai
perutku menghalang penglihatan
kian membesar
kian membulat
membuatku alpa selalu
membuatku lapar selalu

ah biar ku baring seketika
pasti ku kan terlelap
asalkan perut sudah diisi
ditambah dengan angin
hujan rintik sejuk diluar sana

ah biarku beradu berseorangan di tilam ini
membuatkan ku pasti malas selalu