Wednesday, August 19, 2009

aku meminta dariMu ya Kudus

dari saat mata ini mencelik
ke alam dunia ciptaanmu ya Tuhan
dari tangisan pertama di wad itu
sehingga nguapan sebentar tadi

sejak dari rangkak pertama dulu
hinggaku bangun berdiri
hingga ku pandai berjalan justeru berlari
sehingga satu ketika aku terbang

setiap percakapan ku dari azali
setiap cemuhanku itu
setiap cacianku itu
setiap omong kosongku dulu

setiap perbuatanku dulu
pergerakan alpa aku
langkahan sonsangku dulu
dan larian durjanaku lalu

ku meminta dariMu ya Kudus
keampunan segala-galannya dariMu
dosa-dosaku sebesar gunung
hingga sekecil bak kuman

tidak kira bilapun ia
tidak kira sedar mahupun mamai
sempena Ramadan Mubarak ini
aku bertahkta keatasMu

ampunilah aku
hambaMu yang kerdil ini

rahmatilah aku
Ramadan yang mulia ini

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Monday, August 3, 2009

Masej dari Hodm Rifusda

jatuh dan bangun,
qadak dan qadar..
itu biasa,
kerana apa..
kerana kita diberi pilihan jalan..
untuk menjadi manusia

masej dari

Hodm Rifusda
Hodm Rifusda yang komen nota Mohd Jayzuan di dalam facebook