Wednesday, May 7, 2008

April Berlalu, Sekarang Mei

Hm bulan April baru je lepas, sekarang sudah bulan Mei. Bulan lepas beta langsung tak post apa2 pun di blog beta ni. Bukannya tak post apa2 sebab takut kena tangkap polis macam Raja Petra tu tapi beta sibuk sangat dengan projek studio design dan final exam hm.

Cakap pasal Raja Petra, hm.... entah la, maybe orang akan cakap yang Raja Petra tu buat fitnah sebab dia cuma tulis dan takde pun kemukakan bukti. Tapi mungkin juga orang akan cakap 'kebebasan bersuara' di Malaysia macam dah tiada lagi, macam demokrasi di Malaysia sudah mati. Demokrasi itu ada, tapi sensitiviti itu tiada. Ini bukannya sensitiviti perkauman, tapi sensitiviti individu. Apa beta tulis ni, beta sendiri pun tak faham hahahaha! Entah la, beta kena study balik pasal kes Raja Petra ni kot. Tapi yang pasti, DEMOKRASI MASIH WUJUD DI MALAYSIA, tetapi bukannya 100%, bukannya tulus.

Bukannya beta memihak kepada sesetengah pihak, tetapi beta ingin meluahkan pendapat sahaja.

No comments: