Thursday, August 18, 2011

aku masih khuatir akan risiko

jelas apa yang kufikirkan
namun kabur yang kurasa
di kala ini
- terasa membuak
apa yang terjadi kelak
- hanya itu yang ku mahu!

qada' dan qadar
- itu ketentuan Illahi
aku sekadar cuba dan berusaha
selalu berinteraksi dalam fantasi
realitinya?
- aku masih khuatir akan risiko!

adakah harus diaturkan
langkahan ini?
adakah harus diluahkan
ketelusan ini?
haruskah membiarkan masa yang menari-nari?
dan dimanakah ruang dan masa aku sendiri?

ah, penat aku bersama hari-hari malang semalam
kini dan esok harus ku aturkan
harus kutempuhi bersama cabaran!
semoga bulan dan bintang menjadi penglipurku

No comments: