Sunday, August 3, 2008

pencen

jatuh semasa bermain futsal
cedera pada tangan kanan
tidak patah tidak retak
cuma cacat seketika

walaupun sudah lebih tiga tahun
cuba kembali ke posisi penjaga gol
akibatnya cacat seketika
tulang yang terlari dikembalikan ke posisi asal

justeru itu
pencen dari bermain posisi penjaga gol

cuba bermain posisi pertahanan tengah
walaupun 90 minit berada di barisan serangan
di asak oleh pertahanan lawan
cuba mengambil simpati pengadil
jatuhkan badan dengan harapan mendapat penalti
pengadil tidak endah, tulang yang lari kembali

teringat kembali di zaman sekolah
ragbi pernah dimainkan dikala mencari sukan baru
ah apa salahnya bermain kembali
dapat pula tempat johan
terfikir menjadikan sukan serius
lantas turun ke padang mengikuti latihan pasukan
latihan yang keras diterima, tulang yang lari kembali

justeru itu
pencen dari bermain ragbi

cuba bermain bola keranjang
walaupun ketinggian cuma 169cm
cuba melompat tinggi menghayunkan tangan
dengan harapan dapat menampan bola yang tinggi
bola tidak dapat ditampan, tulang yang lari kembali

justeru itu
pencen dari bermain bola keranjang

cuba berjinak kembali dengan papan luncur
setelah sekian lamanya tidak meluncur
papan luncur dicari dan kasut baru dibeli
hari pertama untuk mendapatkan skill kembali
hari ketiga mendapat kecederaan yang berulang
papan luncur terlajak, tulang yang lari kembali

justeru itu
pencen dari bermain papan luncur

terfikir sejenak

apa yang harus dibuat

dikala perut makin bulat,
dada makin padat dengan nikotin,
peluh harus dikeluarkan
agar penafasan menjadi seimbang

justeru itu
kaki disarung kasut
langkah mula diatur
lari dan lari terus berlari

terpaksa lah jogging....

No comments: